PRU 13 : PERKASAKAN MEDIA ALTERNATIF

Rentetan kepada kepada kejayaan yang gemilang yang dicapai oleh Barisan Nasional dalam 2 buah pilihanraya Kecil baru-baru ini (DUN Galas dan Batu Sapi) baru-baru, saya berpendapat bahawa sudah ada perubahan paradigma dan transformasi sikap di kalangan rakyat khususnya dari generasi muda. dalam memberikan sokongan kepada kerajaan dan BN.
Samada kita suka atau tidak, Dalalam PRU 13 nanti kita bakal berdepan dengan ribuan pengundi muda . Harus kita sedari media Alternatif adalah sesuatu yang terlalu dekat dan berpengaruh terhadap mereka. Mereka ini sukakan kelainan, suka informasi mudah dan segera. Agresif tapi agak lemah jika dipujuk dan didekati. Ruang seumpama in ini harus kita rebut. Kita perlu mendekati dan mengenalpasti apa yang mereka mahu dan tendensi mereka ke arah mana. Kita juga perlu bersedia menerima saranan dan teguran mereka secara positif. Berjaya menarik dan melibatkan mereka dalam sebarang program kita adalah satu kejayaan.
Mereka adalah antara aset kita yang sebenar dan terpenting. Sesungguhnya perjuangannya itu memerlukan visi dan misi yang jelas. Ungkapan YAB Perdana Menteri bahawa zaman kerajaan mengetahui segala-galanya sudah berlalu, adalah benar dan perlu kita sama-sama fikirkan dan ambil iktibar.Zaman untuk terlalu menjadi jagoan di medan ceramah sudah berlalu. Menang sorak di depan penyokong sendiri, sudah agak ketinggalan zaman...Justeru sama-samalah kita berfikir dengan realistik dengan mengambil kira senario yang berlaku sekarang ini.?
Belum ada Komentar untuk "PRU 13 : PERKASAKAN MEDIA ALTERNATIF"
Posting Komentar