BN BENTUK KERAJAAN BARU DI PERAK

Berita Terkini....

Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar, petang Jumaat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu dilantik Menteri Besar Perak ke 11 menggantikan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang dititahkan Sultan Perak supaya melepaskan jawatan, serta merta semalam.Majlis angkat sumpah anggota Exco kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional dijadualkan Selasa depan.Turut serta di majlis itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

==========================================
Berita Terdahulu.....

Petang tadi, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu. Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Tahniah untuk BN!!

Belum ada Komentar untuk "BN BENTUK KERAJAAN BARU DI PERAK"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel